Beli Kereta

Honda

Civic

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
47 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Honda & Civic Edit

Honda Civic Second Hand di Malaysia

Honda Civic dikenali sebagai "Honda 1300" di Jepun dan "Civic" di pasaran antarabangsa. Model pertama ini dilengkapi dengan enjin empat silinder 1.3 liter yang memberikan prestasi yang baik sepadan dengan saiznya. Pada tahun 1980-an, Honda Civic mengalami transformasi dengan memperkenalkan enjin VTEC yang memberikan peningkatan kuasa dan kelajuan kepada pengguna. Ia juga dikenali sebagai kereta yang jimat minyak dan boleh dipercayai.

Hingga hari ini, Honda Civic masih menjadi pilihan ramai pengguna kereta di seluruh dunia. Dengan rekabentuk yang moden, teknologi canggih, dan kebolehpercayaan tinggi, ia terus mempertahankan reputasinya sebagai salah satu model kereta paling ikonik dari syarikat Honda.

Varian Honda Civic

Honda Civic merupakan salah satu model kereta yang sangat popular di Malaysia. Model ini telah menjadi pilihan ramai dengan ciri-ciri dan prestasi yang menarik. Varian-varian Honda Civic yang ada di pasaran Malaysia menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna.

Antara varian Honda Civic yang terdapat di Malaysia termasuklah: 

  • Civic 1.5L E

  • Civic 1.5L V

  • Civic 1.5L RS

  • Civic e:HEV 2.0L RS

Setiap varian mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan citarasa pelanggan. 

Honda ‘Ketam’: Varian Honda Civic Yang Paling Popular

Honda Civic FC ataupun Honda ‘Ketam’ merupakan antara varian Honda Civic yang paling popular dalam kalangan pemandu di Malaysia terutamanya daripada golongan muda. Rekaannya yang unik dengan lampu belakang seperti sepit ketam menyebabkan ia popular. 

Honda Civic FC second hand boleh dibeli pada harga anggaran RM55,000 hingga RM105,000. 

Spesifikasi Honda Civic 2022

Berikut merupakan spesifikasi bagi Honda Civic: 

Enjin

  • 1.5L dengan turbo 4 silinder (E, V, RS)

  • 2.0L pusingan Atkinson 4 silinder hibrid (e:HEV RS)

  • Kuasa: 180 hp (E, V, RS) / 158 hp (e:HEV RS)

  • Kilasan (Torque): 177 lb-ft (E, V, RS) / 138 lb-ft (e:HEV RS)

  • Transmisi: CVT (E, V, RS) / e-CVT (e:HEV RS)

Dengan kombinasi reka bentuk premium, prestasi enjin cemerlang serta teknologi keselamatan terkini, tidak menghairankan bahawa kereta Honda Civic menjadi pilihan ramai di Malaysia. 

Berbaloi ke beli Honda Civic Second Hand?

Honda Civic adalah salah satu model kereta yang sangat popular di Malaysia. Varian-varian Honda Civic yang terdapat di pasaran Malaysia memberikan pelbagai pilihan kepada pengguna untuk memilih kereta yang sesuai dengan keperluan dan citarasa mereka.

Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada Honda Civic?

  • Struktur badan Advanced Compatibility Engineering™ (ACE™) 

  • Beg udara hadapan dan beg udara lutut untuk penumpang hadapan dan pemandu

  • Beg udara tirai sisi dengan sensor gulingan

  • ABS, EBD, & Brake Assist 

  • Sistem Bantu Stabil (VSA) dengan traction control 

  • Sistem pemantauan tekanan udara (TPMS) 

  • Honda Sensing 

  • Sistem amaran titik buta 

  • Sistem amaran laluan belakang

Di mana saya boleh membeli kereta Honda Civic second hand? 

Anda boleh membeli kereta Honda Civic second hand di mana-mana pusat jualan kereta terpakai. Tetapi, anda juga boleh membeli kereta Honda Civic second hand di CARSOME kerana kualiti kereta yang lebih terjamin beserta dengan pelbagai promosi yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda. 

Sebelum membuat pembelian, anda melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas kereta tersebut termasuklah sejarah servis dan rekod kenderaan. Juga pastikan untuk menjalankan ujian pemanduan bagi memastikan prestasi serta keadaan keseluruhan kereta berada dalam keadaan baik.

Harga Honda Civic Second Hand di Malaysia 

Berapakah harga Honda Civic 2022?

Harga Honda Civic second hand akan bergantung kepada usia dan keadaan kereta tersebut. Kereta yang lebih baru dengan keadaan baik akan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan kereta yang lebih lama atau mempunyai masalah mekanikal.

Berikut merupakan anggaran harga Honda Civic second hand di Malaysia: 

  • Civic 1.5L E: RM 65,000 - RM 95,000

  • Civic 1.5L V: RM 75,000 - RM 105,000

  • Civic 1.5L RS: RM 85,000 - RM 115,000

  • Civic e:HEV 2.0L RS: RM 130,000 - RM 160,000 

Kalkulator Pinjaman dan Bayaran Bulanan Honda Civic Second Hand

Gunakan kalkulator pinjaman beli kereta kami untuk mengira kadar bayaran bulanan kereta Honda Civic second hand dan buat pilihan varian Honda Civic yang manakah yang sesuai dengan bajet anda. 

Kos Servis & Penyelenggaraan Kereta Honda Civic 

Servis Honda Civic second hand

Anda boleh menghantarkan kereta Honda Civic anda untuk diservis atau dibaiki di pusat servis bertauliah Honda di seluruh Malaysia. 

Apabila memilih pusat servis atau bengkel untuk membaiki kereta Honda Civic, pastikan bengkel atau pusat servis tersebut dilengkapi dengan peralatan dan perkakas terkini yang diperlukan untuk melakukan servis dan penyelenggaraan kereta Honda Civic. Selain itu, pastikan mereka menggunakan alat ganti yang asli daripada pembekal sahaja atau pengeluar asal bagi memastikan kualiti dan keserasian komponen.

Jika waranti kereta Honda Civic anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki bagi apa-apa kerosakan enjin dan mekanikal. 

Berapakah kadar cukai jalan Honda Civic? 

Cukai jalan kereta adalah berdasarkan kapasiti enjin dan juga jenis kenderaan. Kadar cukai jalan bagi Honda Civic untuk kegunaan peribadi bagi Honda Civic 1.5 ialah RM90. 

Berapakah harga insurans kereta Honda Civic? 

Insurans kereta ditentukan berdasarkan jenis pemilikan, jenis perlindungan pilihan, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), lokasi, dan juga kapasiti enjin. 

Contohnya, anggaran harga insurans bagi Honda Civic 1.5 E ialah RM3,659.50* untuk setahun. 

*Anggaran berdasarkan model baharu

Apakah Pesaing Honda Civic?

Kenapa anda perlu beli Honda Civic second hand daripada CARSOME? 

Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap Honda Civic second hand juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.