Beli Kereta

Honda

City

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
151 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Honda & City Edit

Honda City Second Hand di Malaysia

Honda City bermula dengan pelancaran generasi pertama pada tahun 1981. Model ini direka dengan fokus kepada kecekapan bahan api dan saiz yang kompak, menjadikannya sesuai untuk penggunaan bandar. Pada masa itu, ia dilengkapi dengan enjin empat silinder berkapasiti rendah untuk memberikan prestasi yang baik dalam jarak jauh dan juga dalam keadaan jalan bandar yang sibuk.

Pada masa kini, Honda City terpakai terus menjadi pilihan popular di kalangan pengguna kereta sedan premium. Generasi terkini menawarkan rekabentuk moden, teknologi canggih seperti sistem infotainment berteknologi tinggi, dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Varian Honda City

Honda City merupakan salah satu model kereta yang sangat popular di Malaysia. Model ini telah menjadi pilihan ramai dengan ciri-ciri dan prestasi yang menarik. Varian-varian Honda City yang ada di pasaran Malaysia menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna.

Antara varian Honda City yang terdapat di Malaysia termasuklah 

  • Honda City 1.5L S

  • Honda City 1.5L E

  • Honda City 1.5L V

  • Honda City 1.5L V Sensing

  • Honda City 1.5L RS

Setiap varian mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan citarasa pelanggan. 

Apakah warna yang ada bagi Honda City? 

Varian-varian Honda City ini juga boleh didapati dalam beberapa warna menarik seperti putih kristal, perak lunar, hitam kristal, biru modern steel, merah pasionata dan abu-abu lunar metallic.

Spesifikasi Honda City 2022

Berikut merupakan spesifikasi bagi Honda City 2022: 

Enjin

  • Jenis enjin: 1.5L DOHC i-VTEC 

  • Kapasiti enjin (CC): 1498 cc

  • Kuasa maksimum: 119.35 hp @ 6600 rpm

  • Torque maksimum: 145 Nm @ 4300 rpm

  • Sistem bahan api: Electronic fuel injection (EFI)

  • Transmisi: Continuously variable transmission (CVT)

Berbaloi Ke Beli Honda City Second Hand?

Honda City adalah salah satu model kereta yang sangat popular di Malaysia. Varian-varian Honda City yang terdapat di pasaran Malaysia memberikan pelbagai pilihan kepada pengguna untuk memilih kereta yang sesuai dengan keperluan dan citarasa mereka.

Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada Honda City? 

  • Beg udara hadapan berkembar 

  • Beg udara sisi 

  • Beg udara tirai 

  • ABS dan EBD

  • Sistem bantu stabil (VSA) 

  • Sistem bantu daki (HSA) 

  • Isyarat henti kecemasan (ESS) 

  • Ruang keselamatan Honda Sensing (hanya tersedia untuk untuk varian V dan RS sahaja)

Di mana saya boleh membeli kereta Honda City second hand? 

Anda boleh membeli kereta Honda City second hand di mana-mana pusat jualan kereta terpakai. Tetapi, anda juga boleh membeli kereta Honda City second hand di CARSOME kerana kualiti kereta yang lebih terjamin beserta dengan pelbagai promosi yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda. 

Harga Honda City Second Hand

Harga Honda City second hand akan bergantung kepada umur dan keadaan kereta tersebut. Kereta yang lebih baru dengan kondisi baik cenderung memiliki harga yang lebih tinggi berbanding dengan kereta yang lebih lama atau mempunyai masalah mekanikal.

Anggaran harga Honda City 2022 second hand di Malaysia: 

  • City S: RM 77,000 - RM 85,000

  • City E: RM 85,000 - RM 95,000

  • City V: RM 95,000 - RM 105,000

  • City V Sensing: RM 105,000 - RM 115,000

  • City RS: RM 115,000 - RM 125,000  

Kalkulator Pinjaman dan Bayaran Bulanan Honda City Second Hand

Gunakan kalkulator pinjaman beli kereta kami untuk mengira kadar bayaran bulanan kereta Honda City second hand dan buat pilihan varian Honda City yang manakah yang sesuai dengan bajet anda.

Kos Servis & Penyelenggaraan Kereta Honda City

Servis Kereta Honda City Second Hand

Anda boleh menghantarkan kereta Honda City anda untuk diservis atau dibaiki di pusat servis bertauliah Honda di seluruh Malaysia. Servis bagi kereta Honda City second hand melibatkan beberapa perkara penting seperti pemeriksaan enjin, sistem brek, sistem suspensi, sistem elektrik, dan banyak lagi. Pemeriksaan rutin ini membantu mengesan sebarang masalah atau kerosakan awal yang mungkin berlaku pada kereta.

Jika waranti kereta Honda City anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki bagi apa-apa kerosakan enjin dan mekanikal. 

Berapakah kadar cukai jalan Honda City? 

Cukai jalan kereta adalah berdasarkan kapasiti enjin dan juga jenis kenderaan. Kadar cukai jalan bagi Honda City untuk kegunaan peribadi bagi Honda City 1.5 ialah RM96. 

Berapakah harga insurans kereta Honda City? 

Sebelum memilih insurans, penting untuk membuat kajian terperinci mengenai syarikat insurans yang berbeza dan polisi yang mereka tawarkan. Pastikan bahawa polisi insurans meliputi perlindungan yang mencukupi seperti perlindungan daripada kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan, kecurian, kebakaran dan lain-lain risiko.

Insurans kereta ditentukan berdasarkan jenis pemilikan, jenis perlindungan pilihan, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), lokasi, dan juga kapasiti enjin. 

Contohnya, anggaran harga insurans bagi Honda City 1.5 S 2022 ialah RM989.66* untuk setahun. 

*Anggaran berdasarkan model baharu

Kenapa anda perlu beli Honda City second hand daripada CARSOME? 

Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap Honda City second hand juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.